Wednesday, 3 July 2013

Kalutt

Banyak dah saya rasa assignment ni..lepas tu bertubi-tubi pula exam datang..macam2 nak kena baca..walau apapun, saya berazam akan buat yang terbaik..demi, mama ngan abah yang tercinta, kakak hanya memerlukan doa daripada mama ngan abah...jadi mudah lah nanti kakak nak terima ilmu..
walaupun, kita ni jauh daripada ibu bapa, tak semestinya kita boleh bebas melakukan apa2 sahaja kerana kita kena ingat ada yang selalu memerhatikan kita iaitu Allah S.W.T...
kita janganlah sesekali mengecewakan kedua-dua ibu bapa kita kerana mereka ni telah banyak bersusah payah untuk kita...so, kita kena fikir, kita belajar dengan niat kerana Allah dan tujuan untuk membahagiakan ibu bapa..janganlah pasang niat yang selain daripada tu..kerana ia akan membawa padah..

Rindu

Kelas 5 Saintis. ..
Rindu gila ngan korang..
Especially Cikgu Afzan...
ni sekarang semua dah jauh..masing2 dah busy..harap korang ok2 jer kat tempat korang belajar tu..

MEMERLUKAN PENGHAYATAN

Lirik For The Rest Of My Life – Maher Zain




I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home it’s here with me, and I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say
Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife, and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
Finally now I’ve found my self, I feel so strong
Yes everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say
Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
And now that you’re here, in front of me
I strongly feel love
And I have no doubt, and I’ll sing it loud
And that I will love you eternally
Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart


Lyrics are taken fromhttp://www.islamiclyrics.net/maher-zain/for-the-rest-of-my-life/

AIR TANGAN MAK

Pergh....walaupun baru sebulan duduk kat sarawak ni , tapi rasa dah rindu gila ngan masakan mak...Ah, alangkahnya kalau dapat makan sambal belacan, sotong goreng tepung, rendang kerang, masak lomak cili api, asam pedas dan lain2...kan best kalau dapat jumpa lauk-lauk tu kat Sarawak ni..ergh, rasa macam nak je balik sekarang ni..tak dapat dah nak kawal nafsu makan ni..tunggulah nanti, masa balik cuti raya , balun semua makanan..baru syOOk..wuhuhu..tak sabar nak balik semenanjung..mama, miss you so much..dan rindu juga masakan mama..

Berita terkini...


SUKMA: Kejayaan emas  kakak suntik semangat  FarahFarah dan Danniel menunjukkan pingat emas gimnastik kategori individu keseluruhan wanita dan lelaki yang mereka menangi, semalam. - Foto BERNAMA
Kuala Lumpur: Kejayaan kakaknya, Katrina Ann Abdul Hadi yang meraih pingat emas renang berirama di sebelah pagi memberi suntikan semangat buat atlet gimnastik wanita Selangor, Farah Ann yang turun di sebelah petang untuk melakar pencapaian sama apabila mengungguli saingan kategori individu keseluruhan. 

Farah, 19, memastikan emas menjadi miliknya apabila mencatat mata keseluruhan tertinggi dengan catatan 52.75 mata mengatasi atlet Melaka, Tang Ing Yueh yang sekadar meraih perak (51.25 mata) manakala Esmelda Arecia Menti Alfred Geling dari Sarawak gangsa (47.65 mata) pada aksi final di Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Mutiara kata

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..



Tuesday, 2 July 2013

maroon 5




big bang

blue

Ramadhan

Ramadhan menanti..
Wah,tak sangka dah nak masuk bulan ramadhan pada tahun 2013 ni..pejam celik,pejam celik..tengok2 dah semakin hampir..ingatkan lama lagi , rupanya tinggal lagi berapa hari jer..boleh kira lagi guna  jari..almaklumlah , duduk kat asrama ni kalender satu pun tak ado..so, tak dapatlah nak sibuk2 kira lagi berapa hari nak puasa..ni buat kali pertamanya aku akan berpuasa sendirian dan berpuasa di negeri orang..rasa sedih pula.. :'(
time2 macam ni conform ramai yang teringat-ingat masakan mak lah..rindu sahur sama-sama family lah...macam2 lagi...saya harap , saya dapat bersahur dan berbuka bersama-sama ngan kawan2 kat sini beramai-ramai... : D

Penat..

Assalammualaikum..
Penat? Kenapa penat? Sebab tak pasal2 macam-macam entri kena buat..just kerana assignment..entri bukan sikit pun banyak..21 entri semua sekali..tapi apa2 pun..rasa best juga..hehehe

LAWAK JENAKA: Teka-teki...



1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..
2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!
3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!
4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .




Ummah

Perpaduan Ummah

Islam sebagai sebuah agama sekaligus ideologi sangat mementingkan perpaduan, ini dapat dilihat melalui perintah-perintah atau hukum-hukum dalam Islam. Contohnya  konsep kenegaraan dalam Islam.

Kaum muslimin di seluruh dunia diwajibkan hanya memiliki satu daulah khilafah. Mereka juga dibenarkan hanya membai’at seorang khalifah sahaja. Bahkan Allah telah mengharamkan kaum muslimin mempunyai lebih dari satu negara. Dalil yang menerangkan perintah ini adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Abdullah bin Amru bin Ash yang berkata, bahawa dia mendengarkan Rasulullah SAW bersabda:

Siapa saja yang telah membai’at seorang imam, lalu memberikan uluran buah hatinya(untuk mentaati perintahnya, maka hendaklah ia mentaati imam tersebut selagi masih mampu, dan jika ada orang lain yang hendak mengambil alih kekuasaan darinya, maka penggallah leher orang itu”.                                   

Juga berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Arfajah yang berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesiapa saja yang datang kepada kamu sekelian sedangkan urusan kalian berada di tangan seorang (Khalifah) kemudian dia hendak memecahbelahkan kesatuan jamaah kalian, maka bunuhlah dia’.”.

Hadith yang pertama menjelaskan, bahwa ketika memberikan kepimpinan, atau Khalifah kepada seseorang maka menta’atinya adalah wajib. Jika ada orang lain yang datang merebut jawatan tersebut, memeranginya adalah wajib selagimana dia masih meneruskan cita-citanya.

Hadith kedua menjelaskan, bahawa ketika jama’ah kaum muslimin telah bersatu di bawah pemerintahan seorang Khalifah, jika ada orang lain yang datang ingin memecahkan kesatuan jamaah kaum muslimin, maka membunuh orang itu adalah wajib.

Kedua hadith di atas menjelaskan makna kinayah (kiasan) terhadap larangan memecah atau membahagi-bahagi negara, serta memerintahkan agar tidak membenarkan sesiapa jua untuk memecahkan kesatuan jama’ah, daulah dan kepimpinan kaum muslimin. Kesimpulan dari pembahasan di atas memberikan kita pengertian yang tegas bahawa wujudnya lebih dari 50 buah negara Islam pada waktu ini adalah haram dan sesiapa yang menerima keadaan ini adalah berdosa.

Ranking pulau tercantik di dunia!!

Top 10 Ranking Pulau Pulau di Malaysia:
  1. Pulau Langkawi
  2. Pulau Perhentian
  3. Pulau Redang
  4. Pulau Tioman
  5. Pulau Sipadan
  6. Pulau Kapas
  7. Pulau Mabul
  8. Pulau Pinang
  9. Pulau Layang Layang
  10. Pulau Pangkor

Peace..


BArefOOt friEnd..



Bagi sesiapa yang nak tengok cerita ni tekan je link ni...hehe :)

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG..


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Monday, 1 July 2013

RUNNING MAN!!!



 

running man..!! Mesti ramai yang minat gila ngan variety show ni...memang gempak gila..sekali tengok conform ketagih...
nak tau siapa ahli2 running man ni?
meh..saya kenalkan..dari yang tua ke yang paling muda..hehe
yang paling tua JI SUK JIN, YOO JAE SUK, KIM JONG KOOK, KANG GARY, HA DONG HOON, SONG JI HYO dan LEE KWANG SOO....
walaupun rata2 nya diaorg ni umurnya dah agak tua, tetapi sekurang-kurangnya diaorg ni masih mampu lagi sertai variety show ni...
setiap diaorg ada 'nickname' diaorg sendiri...grasshopper, big nose hyung, monday couple, peaceful gary, sparta kook, haroro, giraffe, mong ji / ace ji hyo..
apa2 pun buat masa ni terpasaklah dilupakan buat sementara waktu keinginan untuk menonton cerita ni....

SHINHWA CHANGJO !!!!!

Daehamenguk!!!!!!!


 

 

 

 shinhwa.....the best kpop idol group...!!






my new friendsszzzzz!!!!

 teha & gedik

 teha & sifu

 teha, gedik & sifu

ater & nisa

 ni lah antara kawan2 baru aku....... terrrrrBaikkkkk..!!!

Bermulanya cabaran..

Assalammualaikum..salam satu Malaysia...

Banyak sebenarnya cabaran yang saya berdepan antaranya ialah minggu kolegrasi di UPMKB..Minggu kolegrasi ni memang sungguh dan teramat memenatkan..maybe, kita akan rasa penat sentiasa tapi dalam waktu yang sama ianya sangat menyeronokkan..walaupun dah sakit kaki, dah sakit badan..tetapi aktiviti kolegrasi tetap juga join..memanglah orang fikir minggu kolegrasi ni mcm kena ragging tetapi hakikatnya mana ada, tu just nak biasakan diri kita supaya sentiasa berdisiplin...

Antara perkara paling best bila dapat kawan ramai...tu memang best..walaupun baru kenal dah boleh 'kamceng'..jujur lah cakap,memang tak semua saya kenal tapi dapat ingat nama ngan muka cukuplah...

hahaha

Ni paling best..aktiviti di blok..aktiviti kat blok boleh dikatakan paling best lah..first macam biasa..kalau dah berkumpul ramai2 tu mestilah ada 'ice-breking' kan..tujuan diadakan benda ni untuk kita kenal satu sama lain di antara junior2 sem 1 ngan senior.....macam2 senior buat kat kitaorg sehinggalah masing2 dapat nama blok masing2... nama blok ni memang special.....setiap seorang junior sem 1 dapat nama blok sendiri yang mana didatangkan khas daripada senior..haha....nama blok kitaorg merepek meraban....tapi bila dah biasa guna nama blok rasa macam dah sebati pula...hehehe......apa pun yang penting barang amanah....tau x barang amanah apa kitaorg dak sem 1 ni dapat..? nak tau............kitaorg dapat telur puyuh.....tak ke susah nak jaga telur tu???.......tapi apa boleh buat....dah kata tu barang amanah.......so,kenalah jaga....macam jaga diri sendiri........walau apapun berlaku.......telur puyuh mesti diselamatkan dulu....hahaha

lepas tu macam2 lagi aktiviti kat blok....antaranya ialah tidur bersama-sama di bilik tv bagi semua junior sem 1......tu memang best...yelah,tidur berhimpit-himpit.....pastu nanti bangun pagi ,akak senior yang kejutkan kitaorg.....sweet tak diaorg kejutkn kitaorg???....of course lah sweetttttt......

ini adalah aktiviti yang tak boleh dilupakan sampai bila2...kitaorg , junior2 ni kena simbah ngan air yang sangat2 berbau.......dan membuatkan kitaorg rasa nak muntah terbahak-bahak...hahahaha.....baunya yang semerbak kasturi+belacan+tengik+sebagainya...eeeeeeeeeeEEEEEEE........terima kasih akak2 senior..simbah kitaorg...   T.T

sayang akak2 ketat-ketat....

sebenarnya banyak lagi aktiviti......tapi oleh kerana tangan ni dah tak larat nak menaip....sekian, sampai disini jelah............................................................

apa2 pun untuk keseluruhan program pada minggu kolegrasi memang gempak dan terbaik.....